Monday 25 March 2019

Gambar aktiviti-aktiviti sepanjang Minggu Pusat Sumber dan Bulan Bahasa




Video dibawah adalah program-program yang telah dijalankan sepanjang Minggu Pusat Sumber dan Bulan Bahasa di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 😃😉



Friday 1 March 2019

MInggu Bahasa Sudah Dekatlah!!

Assalamualaikum semua :)

Hai adik-adik, Minggu Bahasa Sekolah Tuanku Abdul Rahman akan diadakan pada 18 Mac sehingga 21 Mac. Aktitivi diadakan pada hari Isnin sehingga Khamis, program ini berlangsung selama 4 hari. Terdapat pelbagai jenis program yang akan dijalankan sebagai contoh Sesi Perjualan Buku, Sesi Nilam, Program Literasi Maklumat dan banyak lagi :) Jangan lepaskan peluang untuk melibatkan diri. Terdapat hadiah-hadiah yang menarik menanti adik-adik semua 🌝❤️😍



Monday 25 February 2019

Majlis Hitea Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

Assalamualaikum semua :)


Hari ini merupakan hari untuk Majlis Hitea bagi semua guru-guru dan staf. Majlis tersebut diadakan di Hotel MH, Ipoh. Semua guru-guru dan staf menghadirkan diri disana. Majlis berlangsung pada pukul 3 petang sehingga 5 petang, majlis dimulakan dengan bacaan doa, sedikit ucapan dari Tuan Pengetua dan guru-guru. Sesudah usai ucapan, guru-guru dijemput menjamu selera. Selepas selesai menjamu selera, terdapat beberapa aktiviti cabutan bertuah dan pertandingan bagi pakaian tercantik dikalangan guru-guru dan staf. Majlis diakhiri dengan sambutan hari lahir bagi guru-guru dan staf yang lahir pada bulan Februari, mereka disambut dengan upacara memotong kek dan sesi fotografi. Tepat pada pukul 5 petang, majlis selesai dan semua dibenarkan pulang.

Wednesday 21 December 2016

E-book-Gaya membaca alaf 21

E-book adalah singkatan dari buku elektronik. Ia merupakan sebuah bentuk buku dalam digital yang dapat dibuka melalui komputer, gadget dan lain-lain. Ebook ini dihasilkan bertujuan untuk memudahkan para pelajar, khususnya pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) untuk membaca dan mencari maklumat tanpa perlu mencari buku-buku tersebut di perpustakaan selain dapat menjimatkan tenaga dan masa. Bukan sahaja untuk memudahkan para pelajar STAR, malah orang luar juga boleh membaca e-book berkenaan. Untuk fasa pertama ini, Pusat Sumber Bestari telah mengeluarkan buku-buku (ebook) berkaitan dengan Perdana Menteri Pertama Malaysia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Bapa Kemerdekaan negara kita. Pelajar boleh membaca e-book yang telah diupload di facebook Pusat Sumber Bestari di https://www.facebook.com/pusatsumber.bestari.5

Monday 5 December 2016

Muka Buku 

Pusat Sumber Bestari telah buat facebook perpustakkannya sendiri bagi memudahkan dan mendekatkan followers dengan Pusat Sumber Bestari. Segala maklumat dan aktiviti harian berkaitan Pusat Sumber Bestari akan dimuat naik dalam facebook Pusat Sumber Bestari. Just click the link https://www.facebook.com/pusatsumber.bestari.5?fref=ts


Sunday 4 December 2016

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016

MALAYSIA
#sehatisejiwa

#sehatisejiwa dipilih menjadi tema hari kebangsaan ke 59 yang  menjelaskan perpaduan, kesefahaman, keutuhan dan kecintaan seluruh rakyat Malaysia dalam menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan.


Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016


Maksud Logo Rasmi Kemerdekaan Malaysia 2016



Pusat Sumber Bestari juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan bulan kemerdekaan ke 59. Sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini gabungan antara pusat sumber bestari dan panitia sejarah. Sambutan dijalankan selama 3 hari bermula pada 22 Ogos 2016 sehingga 24 Ogos 2016. Penjual buku daripada Synergy pub, pameran gambar-gambar Tun Abdul Razak dari arkib negara dan Perpustakaan Bergerak daripada Perpustakaan Awam Negeri Perak turut meriahkan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.