Monday 25 February 2019

Majlis Hitea Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

Assalamualaikum semua :)


Hari ini merupakan hari untuk Majlis Hitea bagi semua guru-guru dan staf. Majlis tersebut diadakan di Hotel MH, Ipoh. Semua guru-guru dan staf menghadirkan diri disana. Majlis berlangsung pada pukul 3 petang sehingga 5 petang, majlis dimulakan dengan bacaan doa, sedikit ucapan dari Tuan Pengetua dan guru-guru. Sesudah usai ucapan, guru-guru dijemput menjamu selera. Selepas selesai menjamu selera, terdapat beberapa aktiviti cabutan bertuah dan pertandingan bagi pakaian tercantik dikalangan guru-guru dan staf. Majlis diakhiri dengan sambutan hari lahir bagi guru-guru dan staf yang lahir pada bulan Februari, mereka disambut dengan upacara memotong kek dan sesi fotografi. Tepat pada pukul 5 petang, majlis selesai dan semua dibenarkan pulang.