Wednesday 21 December 2016

E-book-Gaya membaca alaf 21

E-book adalah singkatan dari buku elektronik. Ia merupakan sebuah bentuk buku dalam digital yang dapat dibuka melalui komputer, gadget dan lain-lain. Ebook ini dihasilkan bertujuan untuk memudahkan para pelajar, khususnya pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) untuk membaca dan mencari maklumat tanpa perlu mencari buku-buku tersebut di perpustakaan selain dapat menjimatkan tenaga dan masa. Bukan sahaja untuk memudahkan para pelajar STAR, malah orang luar juga boleh membaca e-book berkenaan. Untuk fasa pertama ini, Pusat Sumber Bestari telah mengeluarkan buku-buku (ebook) berkaitan dengan Perdana Menteri Pertama Malaysia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Bapa Kemerdekaan negara kita. Pelajar boleh membaca e-book yang telah diupload di facebook Pusat Sumber Bestari di https://www.facebook.com/pusatsumber.bestari.5

Monday 5 December 2016

Muka Buku 

Pusat Sumber Bestari telah buat facebook perpustakkannya sendiri bagi memudahkan dan mendekatkan followers dengan Pusat Sumber Bestari. Segala maklumat dan aktiviti harian berkaitan Pusat Sumber Bestari akan dimuat naik dalam facebook Pusat Sumber Bestari. Just click the link https://www.facebook.com/pusatsumber.bestari.5?fref=ts


Sunday 4 December 2016

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016

MALAYSIA
#sehatisejiwa

#sehatisejiwa dipilih menjadi tema hari kebangsaan ke 59 yang  menjelaskan perpaduan, kesefahaman, keutuhan dan kecintaan seluruh rakyat Malaysia dalam menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan.


Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016


Maksud Logo Rasmi Kemerdekaan Malaysia 2016



Pusat Sumber Bestari juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan bulan kemerdekaan ke 59. Sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini gabungan antara pusat sumber bestari dan panitia sejarah. Sambutan dijalankan selama 3 hari bermula pada 22 Ogos 2016 sehingga 24 Ogos 2016. Penjual buku daripada Synergy pub, pameran gambar-gambar Tun Abdul Razak dari arkib negara dan Perpustakaan Bergerak daripada Perpustakaan Awam Negeri Perak turut meriahkan sambutan kemerdekaan pada tahun ini. 









                            










Gotong-royong 

Pusat Sumber Bestari telah mengadakan aktiviti gotong-royong  untuk membersihkan Pusat Sumber Bestari dan kawasan red spot bersama pengawas pusat sumber. Gotong-royong ini dijalankan bertujuan memberi nafas baru kepada Pusat Sumber Bestari. Pengawas pusat sumber memberikan kerjasama yang amat bagus sepanjang aktiviti itu dijalankan. Bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka telah menjadikan Pusat Sumber Bestari kini lebih ceria, kemas dan bersih. 

                           

                           

Pertandingan Bercerita dan Pidato

Pertandingan Bercerita dan pidato sempena minggu pusat sumber yang disertai oleh pelajar menengah rendah Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat murid, mengukuhkan kemahiran bahasa murid serta menarik minat mereka. 

                          


                                       

                                       

                                       

                                       

KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M)


Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Objektif program ini adalah untuk mengisi masa lapang murid, menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.






MINGGU PUSAT SUMBER 

Pusat Sumber merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Perpustakaan salah satu daripada cabang unit yang membentuk pusat sumber. Program Minggu Pusat Sumber merupakan satu program tahunan yang dikendalikan oleh Pusat Sumber Bestari Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Program pada tahun ini menyediakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan murid-murid dengan Pusat Sumber Sekolah disamping memberi pendedahan dan pengetahuan yang sangat berguna kepada murid-murid dari segi akademik dan ko-kurikulum. Minggu Pusat Sumber dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah penjualan novel, pertandingan congkak dan pertandingan catur.